Respons pihak berkuasa kesihatan dan kerajaan Gangguan bekalan air Selangor dan Kuala Lumpur 2020

Hari ke-5

Pada 9 September 2020, sehingga jam 7.00 pagi, kesemua 7 wilayah yang terlibat dengan gangguan bekalan air tidak berjadual telah pulih sepenuhnya.

Hari ke-4

Pada 8 September 2020 sehingga jam 7.30 malam, 96.98% bekalan air telah pulih sepenuhnya bersamaan dengan 1,253 daripada 1,292 kawasan keseluruhan. Berbaki 39 kawasan lagi masih dalam proses pemulihan.

  1. Wilayah Petaling : 98.36%
  2. Wilayah Klang : 85.31%
  3. Wilayah Gombak : 99.27%
  4. Wilayah Hulu Selangor : 100%
  5. Wilayah Kuala Selangor : 100%
  6. Wilayah Kuala Langat : 100%
  7. Wilayah Kuala Lumpur : 97.57%

Hari ke-3

Pada 7 September 2020 sehingga jam 7.00 malam, 80.88% bekalan air telah pulih sepenuhnya bersamaan dengan 1,045 daripada 1,292 kawasan keseluruhan.

  1. Wilayah Petaling : 92.43%
  2. Wilayah Klang : 39.55%
  3. Wilayah Gombak : 84.67%
  4. Wilayah Hulu Selangor : 100%
  5. Wilayah Kuala Selangor : 99.62%
  6. Wilayah Kuala Langat : 75%
  7. Wilayah Kuala Lumpur : 70.85%

Hari ke-2

Pada 6 September 2020 sehingga jam 6.30 petang, 62.7% bekalan air telah pulih sepenuhnya bersamaan dengan 811 daripada 1,292 kawasan keseluruhan termasuk daerah Kuala Selangor dan Hulu Selangor telah pulih hampir sepenuhnya diikuti daerah Gombak dan Petaling.

  1. Wilayah Petaling : 66.10%
  2. Wilayah Klang : 24.20%
  3. Wilayah Gombak : 66.40%
  4. Wilayah Hulu Selangor : 94.10%
  5. Wilayah Kuala Selangor : 99.20%
  6. Wilayah Kuala Langat : 50.00%
  7. Wilayah Kuala Lumpur : 41.30%

Hari pertama

Pada 5 September 2020, sehingga jam 9.00 malam, perkhidmatan bekalan air telah pulih sebanyak 32.15% dan 384,692 akaun pengguna bekalan air telah pulih dari jumlah 1,196,457 akaun secara keseluruhan.

  1. Wilayah Petaling : 10.20%
  2. Wilayah Klang : 0%
  3. Wilayah Gombak : 0.36%
  4. Wilayah Hulu Selangor : 35.29%
  5. Wilayah Kuala Selangor : 91.70%
  6. Wilayah Kuala Langat : 0%
  7. Wilayah Kuala Lumpur : 0%

Menteri Besar Selangor memberi jaminan 93 buah lori tangki dan 27 buah lori tangki jumbo telah digerakkan ke kawasan yang belum menerima bekalan air. Sebanyak 14,162 botol air berkapasiti 5 liter telah diagihkan setakat ini.[7]

Melalui siaran media pada 5 September 2020, jam 1.00 tengah hari, Pengurusan Air Selangor Sendirian Berhad (Air Selangor) menyatakan tiga (3) peringkat pemulihan bekalan air bersih selama empat (4) hari bermula pada 5 September 2020 (jam 12 tengah hari) hingga 9 September 2020 (jam 6 pagi). Tiga peringkat tersebut merangkumi beberapa kawasan terlibat seperti:

  • Peringkat 1 (667 kawasan - 51.6%)
  • Peringkat 2 (469 kawasan - 36.3%)
  • Peringkat 3 (156 kawasan - 12.1%)

Air Selangor menjangkakan bekalan air bersih akan pulih sepenuhnya pada jam 6 pagi, 9 September 2020.

Kerajaan Negeri Selangor mengarahkan supaya pemilik premis yang menjadi punca pencemaran air perlu merobohkan struktur bangunan yang terdapat di tanah tersebut. Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, tanah persendirian yang dibangunkan sebagai premis penyelenggaraan jentera berat itu didapati tidak mempunyai kebenaran merancang (KM) daripada Majlis Perbandaran Selayang (MPS). Selain itu, Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Gombak juga akan mengeluarkan Notis 7A selepas ia menjadi punca yang menjejaskan 1,196,457 akaun pengguna bekalan air terawat di daerah Petaling, Gombak, Klang, Hulu Selangor, Kuala Langat, Kuala Selangor dan Kuala Lumpur. Beliau juga turut meminta Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk memotong bekalan air dan elektrik bagi mengelak premis tersebut beroperasi semula.[8]

Ekoran kejadian ini, kerajaan negeri telah dibantu oleh operator bekalan air dari negeri-negeri lain melalui khidmat menyediakan 9 buah lori tangki antaranya Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd (SAINS), Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB), Syarikat Air Darul Aman Sdn Bhd (SADA) dan Ranhill SAJ Sendirian Berhad (Ranhill SAJ).[9]

Respons lain

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan rasa dukacita terhadap kesan yang dihadapi rakyat negeri Selangor akibat gangguan bekalan air tidak berjadual di beberapa kawasan.[10]

Rujukan

WikiPedia: Gangguan bekalan air Selangor dan Kuala Lumpur 2020 https://www.astroawani.com/berita-malaysia/kilang-... https://ohbulan.com/kilang-punca-pencemaran-sungai... https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/09... https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/09... https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/09... https://www.bharian.com.my/berita/wilayah/2020/09/... https://www.hmetro.com.my/utama/2020/09/617365/pen... https://www.hmetro.com.my/utama/2020/09/617969/kil... https://www.sinarharian.com.my/article/99873/EDISI... https://umno-online.my/2020/09/08/sultan-selangor-...